Friday, 21 March 2014

b0ndaku

Assalamualaikum.. Bonda bernama Mek Nga Binti Hussain tetapi kawan kawan dan saudara lebih mengenali beliau dengan nama Kamariah atau kak yah. Bonda telah mengahwini ayahanda selama lebih 40 tahun..hasil perkongsian hidup Allah telah menganugerahkan 12 zuriat kepada bonda dan ayahanda..saya anak ke 6 (^_^) susah senang bonda harungi bersama ayahanda..Allah banyak menguji kedua bonda dan ayahanda..tapi Alhamdulillah..nikmat Allah melebihi kemurkaanNYA..semua dapat dilalui dengan sabar dan berkat kesabaran bonda dan ayahanda..kami semua membesar dan bersedia berkhidmat! 4 daripada kami menjadi pendidik..2 dari kalangan kami alhamdulilah telah dan bakal bergelar Al- hafiz dan Al- hafizah.. manakala 4 dari kami senang untuk berkerja sambil beribadat serta 2 beradik kami masih lagi mencari menambahkan ilmu didada di pusat pengajian tinggi. Pada awal tahun pada tahun kedua dipostingkan di negeri darul ehsan bonda telah mendapat sejenis penyakit yang biasa di kenali sebagai angin ahmar..Alhamdulilah atas peringatan Allah..bonda masih boleh menjalankan rutin seperti biasa namun agak terbatas.. Rentetan itu..kesihatan bonda tidak lagi menjadi nikmat yang zahir..Allah memberi keampunan untuk dosa bonda melalui sakit..subhanallah..maha suci Allah.. Tahun demi tahun bonda lalui dengan senyuman..bonda seorang yang kuat, bonda seorang tabah, bonda seorang yang berani..bonda sememangnya kuat..bonda seorang serikandi dihati anak anak!! 2014 panggilan dari adinda mengejutkan..mematahkan segala sendi sendi yang biasanya tegak berdiri..gelora dihati gelora dijiwa tidak setenang air mata yang mengalir..bonda sudah tidak dapat berjalan..angin ahmar telah melumpuhkan bahagian kanan badan bonda yang kami cintai..Allah Maha Besar! bonda tidak putus semangat..12 semangat zuriat menjadi payung bonda..ayahanda menongkatkan semangat untuk bonda berdiri,bertatih dan seterusnya melangkah..biar tidak gagah, biar tidak petah tapi bonda melusuri hari demi hari dengan sekeping hati yang kukuh dan kental bagaikan lepaan konkrit yang tak kan runtuh walau badai mendesah! bonda akan ku kirim doa syahdu dikala nafas dan jasad masih bersatu. bonda akan ku alunkan zikrullah menemani mu taktala darah yang mengalir ini ialah dari darah mu .. bonda akan ku titipkan segala kerinduan, segala kasih sayang yang tidak mampu untuk dibayar dan diandaikan dalam setiap huruf ayat suci Al-quraan.. ALLAH JUALAH YANG MAHA AGUNG!! juga untukmu ayahanda yang tercinta..tanpa mu siapalah seorang anak..mengenal dunia yang hanya sementara.. Alfatihah untuk kedua orang tuaku..

No comments:

Post a comment